Sesiapa yang ditimpa kesakitan sepanjang malam

TEKS BAHASA ARAB

من وعك ليلة فصبر ورضي بها عن الله خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa kesakitan sepanjang malam, lalu dia bersabar dan reda kepada Allah dengan ujian tersebut, maka dosa-dosanya akan keluar daripadanya sebagaimana keadaannya semasa ibunya melahirkan dirinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis nombor 825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من وعك ليلة فصبر ورضي بها عن الله خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.
[ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات)) و ((الرضا عن الله))، هب، ((الضعيفة)) (6697)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa kesakitan sepanjang malam, lalu dia bersabar dan reda kepada Allah dengan ujian tersebut, maka dosa-dosanya akan keluar daripadanya sebagaimana keadaannya semasa ibunya melahirkan dirinya.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Maradh Wa al-Kaffarat, dan al-Ridha ‘anillah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs