Sesiapa yang ditimpa kesakitan pada waktu malam dan dia bersabar

TEKS BAHASA ARAB

من وعك ليلة فصبر ورضي بها عن الله خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa kesakitan pada waktu malam dan dia bersabar kemduian reda dengan apa yang datang daripada Allah, maka dia terlepas dari dosanya seperti hari di mana ibunya melahirkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 908, hadis nombor 4646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من وعك ليلة فصبر ورضي بها عن الله خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه [ابن أبي الدنيا في المرض والكفارات, هب, الضعيفة (6697)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa kesakitan pada waktu malam dan dia bersabar kemduian reda dengan apa yang datang daripada Allah, maka dia terlepas dari dosanya seperti hari di mana ibunya melahirkannya.[Ibn Abi Al-Dunya di dalam Al-Maradh wa Al-Kafarat, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dhaifah no. 6697].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.