TEKS BAHASA ARAB
من أصابه جهد في رمضان فلم يفطر، فمات؛ دخل النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang ditimpa kepenatan pada bulan Ramadan tetapi dia tidak berbuka lalu meninggal dunia, maka dia akan memasuki neraka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis nombor 3569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أصابه جهد في رمضان فلم يفطر، فمات؛ دخل النار)). [خط، السيوطي في ((الجامع الكبير))، فر، ((الضعيفة)) (٦٩٢٠)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa kepenatan pada bulan Ramadan tetapi dia tidak berbuka lalu meninggal dunia, maka dia akan memasuki neraka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Kabīr, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6920]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.