Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang ditimpa kepenatan pada bulan Ramadan tetapi dia tidak berbuka

Teks Bahasa Arab

من أصابهُ جَهْدٌ في رمضانَ فلم يُفْطِرْ، فماتَ؛ دخلَ النارَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang ditimpa kepenatan pada bulan Ramadan tetapi dia tidak berbuka lalu meninggal dunia, maka dia akan memasuki neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis no. 3569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌أصابه ‌جهد في رمضان فلم يفطر، فمات؛ دخل النار)). [خط، السيوطي في ((الجامع الكبير))، فر، ((الضعيفة)) (٦٩٢٠)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa kepenatan pada bulan Ramadan tetapi dia tidak berbuka lalu meninggal dunia, maka dia akan memasuki neraka. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘ al-Kabīr, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6920]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.