Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang dirumahnya ada kambing

Teks Bahasa Arab

حديث: من كان في بيته شاة كان في بيته بركة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang dirumahnya ada kambing, maka di rumahnya ada keberkatan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 171, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه مجهولان ومتروك.

Ibn Rajab berkata di dalam kitab al-Zail: Dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak dikenali dan dan matruk (terlalu daif).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.