Sesiapa yang dipanggil menghadap pemimpin, lalu dia tidak menghadirinya, maka dia zalim dan tiada hak baginya

TEKS BAHASA ARAB

من دعي إلى سلطان، فلم يجب؛ فهو ظالم، لا حق له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dipanggil menghadap pemimpin, lalu dia tidak menghadirinya, maka dia zalim dan tiada hak baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis nombor 4348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من دعي إلى سلطان، فلم يجب؛ فهو ظالم، لا حق له)).
[طب، ((الضعيفة)) (5674)]

(Lemah) Daripada Samurah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang dipanggil menghadap pemimpin, lalu dia tidak menghadirinya, maka dia zalim dan tiada hak baginya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5674]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs