Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن دُعِيَ إلى سلطانٍ، فلم يُجِب؛ فَهوَ ظالِمٌ، لا حقَّ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang dipanggil menghadap pemimpin, lalu dia tidak menghadirinya, maka dia zalim dan tiada hak baginya.
Sahabat Perawi
- Samurah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis no. 4348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من دعي إلى سلطان، فلم يجب؛ فهو ظالم، لا حق له)). [طب، ((الضعيفة)) (5674)]
(Lemah) Daripada Samurah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang dipanggil menghadap pemimpin, lalu dia tidak menghadirinya, maka dia zalim dan tiada hak baginya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5674]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman