Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang diminta agar diberikan sesuatu kerana Allah, lalu dia memberinya, maka dia mendapat 70 kebaikan

Teks Bahasa Arab

مَن سُئِلَ باللهِ فأَعْطَى كُتِبَ له سبعونَ حسنةً

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang diminta agar diberikan sesuatu kerana Allah, lalu dia memberinya, maka dia mendapat 70 kebaikan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897, hadis no. 4597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من سئل بالله فأعطى كتبت له سبعون حسنة. [هب, الضعيفة (5807)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA , beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang diminta agar diberikan sesuatu kerana Allah, lalu dia memberinya, maka dia mendapat 70 kebaikan. [Al-Baihaqi di dalam Shu’ab Al-Iman. Al-Dha’ifah no 5807]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.