Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

من ولد له مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو والولد في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad sebagai mengambil berkat dengan nama berkenaan maka dia dan anak itu berada di dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 61, hadis nombor 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: أن يكون الحديث باطلا في نفسه فيدل بطلانه على أنه ليس من كلام الرسول صلى الله عليه وسلم….وكحديث "من ولد له مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو والولد في الجنة".

Antaranya (ciri hadis palsu) ialah hadis tersebut nyata kebatilan padanya. Kebatilan kandungan hadis tersebut menunjukkan ia bukan daripada kata-kata Rasulullah SAW seperti hadis…dan seperti hadis:

مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَسَمَّاهُ مُحَمَّدً تَبَرُّكًا بِهِ كَانَ هُوَ وَالْوَلَدُ فِي الْجَنَّةِ
“Sesiapa yang dilahirkan untuknya seorang anak lalu dia namakan dengan nama Muhammad sebagai mengambil berkat dengan nama berkenaan maka dia dan anak itu berada di dalam syurga.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs