Sesiapa yang dikurniakan Allah wajah yang baik dan nama yang indah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من آتاه الله وجها حسنا واسما حسنا وجعله في موضع غير شائن فهو من صفوة الله في خلقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang dikurniakan Allah wajah yang baik dan nama yang indah, ditempatkannya pada kedudukan yang tidak tercela, maka dia termasuk dalam hamba pilihan Allah daripada makhluk-Nya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 171, hadis nombor 519. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: من آتَاهُ الله وَجها حسنا، واسما حسنا، وَجعله فِي مَوضِع غير شائن، فَهُوَ من صفوة الله فِي خلقه. قَالَ ابْن الْقيم: مَوْضُوع.

Hadith: “Sesiapa yang dikurniakan Allah wajah yang baik dan nama yang indah, ditempatkannya pada kedudukan yang tidak tercela, maka dia termasuk dalam hamba pilihan Allah daripada makhluk-Nya.”
Ibn al-Qayyim berkata: Palsu.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs