TEKS BAHASA ARAB
من أجرى الله على يديه فرجا لمسلم، فرج الله عنه كرب الدنيا والآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang dijalankan oleh Allah pada dua tangannya pelepasan untuk seorang Muslim, Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis nombor 9943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهم- مرفوعا: ((من أجرى الله على يديه فرجا لمسلم، فرج الله عنه كرب الدنيا والآخرة)).
[خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1815)]
(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang dijalankan oleh Allah pada dua tangannya pelepasan untuk seorang Muslim, Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1815]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.