Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَجْرَى اللهَ على يَدَيْهِ فرجًا لِمُسلمٍ، فَرَّجَ اللهُ عنه كَرْبَ الدنيا والآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang dijalankan oleh Allah pada dua tangannya pelepasan untuk seorang Muslim, Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis no. 9943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهم- مرفوعا: ((من أجرى الله على يديه فرجا لمسلم، فرج الله عنه كرب الدنيا والآخرة)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1815)]
(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang dijalankan oleh Allah pada dua tangannya pelepasan untuk seorang Muslim, Allah akan melepaskan daripadanya kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat. [Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1815]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman