Sesiapa yang dihinakan di sisinya seorang mukmin namun dia tidak menolongnya dalam keadaan dia mampu untuk menolongnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أذل عنده مؤمن فلم ينصره وهو قادر على أن ينصره؛ أذله الله عز وجل على رؤوس الخلائق يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dihinakan di sisinya seorang mukmin namun dia tidak menolongnya dalam keadaan dia mampu untuk menolongnya, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan menghinakannya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis nombor 142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة بن سهل عن أبيه – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أذل عنده مؤمن فلم ينصره وهو قادر على أن ينصره؛ أذله الله عز وجل على رؤوس الخلائق يوم القيامة)).
[ابن السني، حم، ((الضعيفة)) (2402)]

(Lemah) Daripada Abū Umamah ibn Sahl daripada bapanya telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang dihinakan di sisinya seorang mukmin namun dia tidak menolongnya dalam keadaan dia mampu untuk menolongnya, maka Allah ‘Azza Wa Jalla akan menghinakannya di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah, Ibn al-Jawzī dalam Jāmi’ al-Masānid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2402]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.