Sesiapa yang dihadiahkan suatu hadiah sedangkan bersamanya ada orang ramai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang dihadiahkan suatu hadiah sedangkan bersamanya ada orang ramai, maka hendaklah mereka berkongsi dengannya hadiah tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis nombor 4137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): ((من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها)). روي عن ابن عباس، وعائشة، والحسن بن علي -رضي الله عنهم-. [طب، طس، حل، خط، هق، عق، عبد بن حميد في ((المنتخب من المسند))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5254)]

(Lemah): Sesiapa yang dihadiahkan suatu hadiah sedangkan bersamanya ada orang ramai, maka hendaklah mereka berkongsi dengannya hadiah tersebut. Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbās, ‘Āishah, al-Ḥasan bin ‘Alī RA. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.