Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أُهديَتْ لهُ هديةٌ وعندهُ قومٌ؛ فهمْ شركاؤُهُ فيهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang dihadiahkan suatu hadiah sedangkan bersamanya ada orang ramai, maka hendaklah mereka berkongsi dengannya hadiah tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- ‘Aishah RA
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف): ((من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها)). روي عن ابن عباس، وعائشة، والحسن بن علي -رضي الله عنهم-. [طب، طس، حل، خط، هق، عق، عبد بن حميد في ((المنتخب من المسند))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5254)]
(Lemah): Sesiapa yang dihadiahkan suatu hadiah sedangkan bersamanya ada orang ramai, maka hendaklah mereka berkongsi dengannya hadiah tersebut. Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbās, ‘Āishah, al-Ḥasan bin ‘Alī RA. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5254]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman