Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أتتهُ هديةٌ وعندهُ قومٌ جلوسٌ؛ فهم شركاؤهُ فيها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang didatangkan kepadanya hadiah, dan di sisinya ada beberapa orang yang sedang duduk, maka mereka itu turut berkongsi pada hadiah tersebut.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis no. 1116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن بن علي - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أتته هدية وعنده قوم جلوس؛ فهم شركاؤه فيها)). [طب، ((الضعيفة)) (4532)]
(Daif) Daripada al-Hasan bin Ali RA beliau berkata: Sesiapa yang didatangkan kepadanya hadiah, dan di sisinya ada beberapa orang yang sedang duduk, maka mereka itu turut berkongsi pada hadiah tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4532]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman