Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang diberikan suatu hadiah

Teks Bahasa Arab

حديث: من أهديت لَهُ هَدِيَّة فجلساؤه شركاؤه فِيهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang diberikan suatu hadiah maka orang-orang yang duduk bersamanya adalah rakan kongsinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 213, hadis no. 677. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وذكره ابن الجوزي في الموضوعات.

Ibn al-Jawzi menyebutkan hadis ini dalam al-Maudu’at.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.