Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أُهديَتْ لهُ هديةٌ وعندهُ قومٌ؛ فهمْ شركاؤُهُ فيهَا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang diberikan sesuatu hadiah dan di sisinya ada orang ramai, maka mereka mesti berkongsi bersama-sama hadiah tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- ‘Aishah RA
- al-Hasan bin Ali RA
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 892, hadis no. 4579. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((من أهديت له هدية وعنده قوم؛ فهم شركاؤه فيها)). روي عن ابن عباس، وعائشة، والحسن بن علي –رضي الله عنهم-. [طب، طس، حل، خط، هق، عق، ((الضعيفة)) (5254)].
(Lemah) “Sesiapa yang diberikan sesuatu hadiah dan di sisinya ada orang ramai, maka mereka mesti berkongsi bersama-sama hadiah tersebut.” Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, A'isyah, dan al-Hasan bin Ali RA.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5254].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman