Sesiapa yang diberikan kuasa memimpin mana-mana urusan umat Islam, lalu dia melantik seseorang atas dasar kecintaan

TEKS BAHASA ARAB

من ولي من أمر المسلمين شيئا فأمر عليهم أحدا محاباة فعليه لعنة الله لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا حتى يدخله جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan kuasa memimpin mana-mana urusan umat Islam, lalu dia melantik seseorang atas dasar kecintaan untuk menguruskan mereka, maka laknat Allah ke atasnya, Allah tidak akan menerima mana-mana amalan wajib dan juga sunat, hinggalah dia dimasukkan ke dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 103, hadis nombor 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الحاكم (4/ 93) من طريق بكر بن خنيس، عن رجاء بن حيوة، عن جنادة بن أبي أمية، عن يزيد بن أبي سفيان قال، قال لي أبو بكر الصديق رضي الله عنه حين بعثنى إلى الشام: يا يزيد، إن لك قرابة عساك أن تؤثرهم بالإمارة ذلك أكثر ما أخاف عليك، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فذكره. قال الحاكم: حديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه. فتعقبه الذهبي بقوله: قلت: بكر قالَ الدارقطني: متروك. وأخرجه أحمد (21) من طريق بقية بن الوليد قالَ: حدثني شيخ من قريش عن رجاء بن حيوة؛ وبالإسناد السابق. وسنده ضعيف لجهالة شيخ بقية فيه. وأخرجه أبو بكر المروزي في مسند أبي بكر (133) من طريق الوليد بن الفضل العنْزي قال: ثنا القاسم بن أبي الوليد التميمي، عن عمرو بن واقد عن موسى بن يسار عن مكحول عن جنادة بن أبي أمية عن يزيد بن أبي سفيان به قلت: وهذا سند ساقط أما الوليد بن الفضل فضعفه الدارقطني وقال ابن حبان: يروي موضوعات، لا يجوز الاحتجاج به بحالي. وعمرو بن واقد، قال البخاري: منكر الحديث. وكذبه مروان بن محمد واتهمه دحيم وتركه الدارقطني. فالحديث ساقط عن حد الاعتبار. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Hakim (4/93) melalui sanad Bakr bin Khunais daripada Raja’ bin Haiwah daripada Junadah bin Abi Umayyah daripada Yazid bin Abi Sufyan, katanya: Abu Bakr al-Siddiq RA pernah berkata kepadaku sewaktu beliau mengutuskan aku ke Yaman: "Wahai Yazid! Sesungguhnya engkau mempunyai kaum kerabat, semoga engkau tidak mendahulukan mereka dalam memegang jawatan. Perkara itulah yang paling aku takuti pada kamu, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut”. Al-Hakim berkata: "Hadith yang sahih sanadnya, namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya". Al-Zahabi pun memberikan komentar terhadap al-Hakim, katanya: "Saya berkata: al-Daraqutni berkata tentang Bakr: ‘Matruk’".
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh Ahmad (: hadith : 21) melalui sanad Baqiyyah bin al-Walid, katanya seorang syeikh daripada keturunan Quraish telah menceritakan kepada saya daripada Raja’ bin Haiwah dengan sanad yang lalu. Sanadnya dha’if kerana guru kepada Baqiyyah tidak diketahui. Ianya juga turut dikeluarkan oleh Abu Bakr al-Marwazi dalam Musnad Abi Bakr (: hadith : 133) melalui sanad al-Walid bin al-Fadhl al-‘Inzi, katanya al-Qasim bin Abi al-Walid al-Tamimi telah menceritakan kepada kami daripada ‘Amr bin Waqid daripada Musa bin Yasar daripada Makhul daripada Junadah bin Abi Umayyah daripada Yazid bin Abi Sufyan hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini Saqit (Gugur kelayakan berhujjah). Al-Walid bin al-Fadhl telah dinilai dha’if oleh al-Daraqutni. Ibn Hibban pula berkata: "Beliau meriwayatkan hadith-hadith palsu, tidak boleh berhujjah dengan beliau dalam apa jua keadaan". Manakala, ‘Amr bin Waqid pula, al-Bukhari berkata: "Munkar al-Hadith", beliau telah dinilai pendusta oleh Marwan bin Muhammad dan Duhaim pula mendakwa ‘Amr mereka-reka hadith. Al-Daraqutni telah meninggalkan riwayat beliau. Maka, hadith tersebut gugur kelayakan untuk dijadikan penguat. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs