Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ أُهْدِيَتْ إِلَيْهِ هَدِيَّةٌ وَعِنْدَهُ جَمَاعَةٌ فَهُمْ شُرَكَاؤُهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya dan disisinya ada satu kumpulan. Maka kumpulan tersebut adalah rakan kongsinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara hadis palsu juga ialah hadis,
مَنْ أُهْدِيَتْ إِلَيْهِ هَدِيَّةٌ وَعِنْدَهُ جَمَاعَةٌ فَهُمْ شُرَكَاؤُهُ
Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya dan disisinya ada satu kumpulan. Maka kumpulan tersebut adalah rakan kongsinya.
Al-Uqaily berkata: Tidak sahih hadis di dalam bab ini satu pun.
Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab hadis sahihnya, dalam bab siapa yang diberi hadiah dan dia bersama teman-temannya maka dia lebih berhak atas hadiah tersebut:
“Disebutkan daripada Ibnu Abbas bahawa teman duduknya itu juga mendapat bahagian. Namun riwayat ini tidak sahih.”

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon