TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أهدي له هدية وعنده قوم فهم شركاء فيها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya, sedangkan bersamanya terdapat sekumpulan manusia, maka mereka adalah rakan kongsi hadiah tersebut.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 84, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال العقيلي: لا يصح في هذا الباب شيء، وكذا قال البخاري.
وقد أخرجه ابن حبان: والطبراني، والبيهقي.
وقال ابن حجر: الموقوف أصح
وقال في الوجيز: فيه عبد السلام بن عبد القدوس يروي الموضوعات.
Al-Uqaili berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dalam bab ini, demikian juga pendapat al-Bukhari.
Ibn Hibban meriwayatkannya seperti juga al-Tabarani dan al-Baihaqi.
Ibn Hajar berkata: Yang benar, hadith ini adalah mauquf (terhenti pada sahabat).
Beliau berkata juga dalam al-Wajiz: Pada hadith ini terdapat perawi bernama Abdul Salam bin Abdul Quddus yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.