Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya sedangkan ada orang lain bersamanya

Teks Bahasa Arab

حديث: من أهدي له هدية وعنده قوم فهم شركاء فيها.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang diberikan hadiah kepadanya, sedangkan bersamanya terdapat sekumpulan manusia, maka mereka adalah rakan kongsi hadiah tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 84, hadis no. 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العقيلي: لا يصح في هذا الباب شيء، وكذا قال البخاري. وقد أخرجه ابن حبان: والطبراني، والبيهقي. وقال ابن حجر: الموقوف أصح وقال في الوجيز: فيه عبد السلام بن عبد القدوس يروي الموضوعات.

Al-Uqaili berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dalam bab ini, demikian juga pendapat al-Bukhari. Ibn Hibban meriwayatkannya seperti juga al-Tabarani dan al-Baihaqi. Ibn Hajar berkata: Yang benar, hadith ini adalah mauquf (terhenti pada sahabat). Beliau berkata juga dalam al-Wajiz: Pada hadith ini terdapat perawi bernama Abdul Salam bin Abdul Quddus yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.