Sesiapa yang diambil kenderaannya oleh seseorang

TEKS BAHASA ARAB

من أخذ بركاب رجل لا يرجوه ولا يخافه، غفر له، وفي رواية: دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang diambil kenderaannya oleh seseorang tanpa mengharapkan sesuatu daripadanya dan tidak takut kepadanya, maka diampunkan dosanya (sebahagian riwayat: Dia dimasukkan ke syurga).

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أخذَ بركابِ رجلٍ لا يرجوهُ ولا يخافُه، غُفِرَ لهُ، وفي روايةٍ: دخلَ الجنةَ.
[تمام، الخطيب في ((الجامع))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6586)]

(Batil)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang diambil kenderaannya oleh seseorang tanpa mengharapkan sesuatu daripadanya dan tidak takut kepadanya, maka diampunkan dosanya (sebahagian riwayat; Dia dimasukkan ke syurga).
[Riwayat Tammam, al-Khatib dalam al-Jami’ dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6586]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs