Sesiapa yang datang kepada suatu kaum untuk (memakan) makanan yang dia tidak diajak untuk memakannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من دخل على قوم لطعام لم يدع إليه، فأكل شيئا؛ أكل حراما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang datang kepada suatu kaum untuk (memakan) makanan yang dia tidak diajak untuk memakannya, lalu dia memakan sedikit dari makanan tersebut, maka dia telah memakan suatu yang haram.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis nombor 1165. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((من دخل على قوم لطعام لم يدع إليه، فأكل شيئا؛ أكل حراما)). [طس، ((الضعيفة)) (5043)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang datang kepada suatu kaum untuk (memakan) makanan yang dia tidak diajak untuk memakannya, lalu dia memakan sedikit dari makanan tersebut, maka dia telah memakan suatu yang haram.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah no. 5043]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.