Sesiapa yang cintakan dunia, dia akan memudaratkan akhiratnya

TEKS BAHASA ARAB

من أحب دنياه؛ أضر بآخرته، ومن أحب آخرته؛ أضر بدنياه، فآثروا ما يبقى على ما يفنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang cintakan dunia, dia akan memudaratkan akhiratnya. Dan sesiapa yang cintakan akhiratnya, dia akan memudaratkan dunia. Maka utamakanlah yang kekal berbanding yang akan binasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2049, hadis nombor 10309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي موسى الأشعاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أحب دنياه؛ أضر بآخرته، ومن أحب آخرته؛ أضر بدنياه، فآثروا ما يبقى على ما يفنى.
[حب، ابن أبي عاصم، ك، البيهقي في ((الزهد))، حم، عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (5650)]

(Lemah)
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang cintakan dunia, dia akan memudaratkan akhiratnya. Dan sesiapa yang cintakan akhiratnya, dia akan memudaratkan dunia. Maka utamakanlah yang kekal berbanding yang akan binasa.
[Riwayat Ibn Hibban, Ibn Abu 'Asim, al-Baihaqi dalam al-Zuhd, Ahmad dan 'Abd bin HamidLihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5650]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs