Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أحبَّ دنياهُ؛ أضرَّ بآخرتِه، ومن أحبَّ آخرتَه؛ أضرَّ بدنياهُ، فآثِرُوا ما يبقى على ما يَفْنَى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang cintakan dunia, dia akan memudaratkan akhiratnya. Dan sesiapa yang cintakan akhiratnya, dia akan memudaratkan dunia. Maka utamakanlah yang kekal berbanding yang akan binasa.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Asy’ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2049, hadis no. 10309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang cintakan dunia, dia akan memudaratkan akhiratnya. Dan sesiapa yang cintakan akhiratnya, dia akan memudaratkan dunia. Maka utamakanlah yang kekal berbanding yang akan binasa. [Riwayat Ibn Hibban, Ibn Abu 'Asim, al-Baihaqi dalam al-Zuhd, Ahmad dan 'Abd bin HamidLihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5650]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman