Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ساءَ خُلقُهُ من الرَّقيقِ والدَّوَابِّ و لصِّبيانِ؛ فاقْرؤُوا في أُذُنَيْهِ: {أفَغَيْرَ دِينِ اللهِ يَبْغُونَ...}.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang buruk akhlaknya terhadap hamba, binatang serta kanak-kanak, maka bacakanlah di telinganya: “Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari nama lain dari agama Allah?
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis no. 4169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرأوا في أذنه: {أفغير دين الله يبغون...})). [طس، ((الضعيفة)) (5601)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang buruk akhlaknya terhadap hamba, binatang serta kanak-kanak, maka bacakanlah di telinganya: “Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari nama lain dari agama Allah?” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5601]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman