TEKS BAHASA ARAB
من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرؤوا في أذنيه {أفغير دين الله يبغون} الآية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak kecil, maka bacakanlah di telinganya: {Apakah mereka mencari selain agama Allah?} [Surah Ali 'Imran ayat 83].
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1410, hadis nombor 7154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرؤوا في أذنيه {أفغير دين الله يبغون} الآية.
[الهمداني في ((مجلس من حديث أبي الشيخ))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (676)]
(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak kecil, maka bacakanlah di telinganya: {Apakah mereka mencari selain agama Allah?} [Surah Ali 'Imran ayat 83].
[Riwayat al-Hamdani dalam Majlis Min Hadith Abi al-Sheikh dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 676]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.