Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ساءَ خُلقُهُ من الرَّقيقِ و الدَّوَابِّ و الصِّبيانِ فاقْرؤُوا في أُذُنَيْهِ ( أفَغَيْرَ دِينِ اللهِ يَبْغُونَ ) الآيَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak kecil, maka bacakanlah di telinganya: {Apakah mereka mencari selain agama Allah?} [Surah Ali 'Imran ayat 83].
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1410, hadis no. 7154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من ساء خلقه من الرقيق والدواب والصبيان؛ فاقرؤوا في أذنيه {أفغير دين الله يبغون} الآية. [الهمداني في ((مجلس من حديث أبي الشيخ))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (676)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang buruk akhlaknya dalam kalangan hamba, binatang tunggangan dan kanak-kanak kecil, maka bacakanlah di telinganya: {Apakah mereka mencari selain agama Allah?} [Surah Ali 'Imran ayat 83]. [Riwayat al-Hamdani dalam Majlis Min Hadith Abi al-Sheikh dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 676]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman