Sesiapa yang bukan serigala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من لم يكن ذئبا أكلته الذائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang bukan serigala, maka serigala memakannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 201, hadis nombor 627. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في مختصر المقاصد: رواه الطبراني عن أنس مرفوعا، وليس بحديث.

Beliau berkata dalam Mukhtasar al-Maqasid: Al-Tabarani telah meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ dan ia bukannya hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.