Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من زنى خرج منه الإيمان، ومن شرب الخمر غير مكره ولا مضطر، خرج منه الإيمان، ومن انتهب نهبة يستشرفها الناس، خرج منه الإيمان، فإن تاب، تاب الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang minum arak bukan dalam keadaan paksa atau terdesak, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang merampas suatu harta yang orang ramai amanahkannya, nescaya telah terkeluar imannya. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan terima taubatnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis nombor 3015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صحابي قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ زَنَى ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ غَيْرَ مُكْرَهٍ، وَلا مُضْطَرٍّ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنِ انْتَهَبَ نُهْبَةً يستشرفها النَّاسَ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، فَإِنْ تَابَ، تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ)). [طب، ((الضعيفة)) (6873)].

(Munkar) Daripada seorang sahabat Nabi berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang minum arak bukan dalam keadaan paksa atau terdesak, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang merampas suatu harta yang orang ramai amanahkannya, nescaya telah terkeluar imannya. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan terima taubatnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6873].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.