Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ زَنَى ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ غَيْرَ مُكْرَهٍ، وَلا مُضْطَرٍّ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنِ انْتَهَبَ نُهْبَةً يستشرفها النَّاسَ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، فَإِنْ تَابَ، تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang minum arak bukan dalam keadaan paksa atau terdesak, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang merampas suatu harta yang orang ramai amanahkannya, nescaya telah terkeluar imannya. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan terima taubatnya.

Sahabat Perawi

  1. Seorang sahabat Nabi SAW

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis no. 3015.

(منكر) عن صحابي قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ زَنَى ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ غَيْرَ مُكْرَهٍ، وَلا مُضْطَرٍّ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، وَمَنِ انْتَهَبَ نُهْبَةً يستشرفها النَّاسَ ‌خَرَجَ ‌مِنْهُ ‌الإِيمَانُ، فَإِنْ تَابَ، تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ)). [طب، ((الضعيفة)) (6873)].

(Munkar) Daripada seorang sahabat Nabi berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesiapa yang berzina, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang minum arak bukan dalam keadaan paksa atau terdesak, nescaya telah terkeluar imannya. Sesiapa yang merampas suatu harta yang orang ramai amanahkannya, nescaya telah terkeluar imannya. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan terima taubatnya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6873].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.