Sesiapa yang berzina maka telah keluar keimanan

TEKS BAHASA ARAB

من زنى خرج منه الإيمان، ومن شرب الخمر غير مكره ولا مضطر، خرج منه الإيمان، ومن انتهب نهبة يستشرفها الناس، خرج منه الإيمان، فإن تاب، تاب الله عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berzina maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sesiapa yang minum arak tanpa dipaksa dan tanpa sebarang darurat, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Dan sesiapa yang merampas sesuatu (harta) yang dinilai berharga oleh orang ramai, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 168, hadis nombor 840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن رجل من الصحابة قال: قال صلى الله عليه وسلم: مَن زنَى خرج منهُ الإيمانُ، ومن شربَ الخمرَ غيرُ مُكْرَهٍ ولا مُضطرٍّ، خرجَ منهُ الإيمانُ، ومن انتهبَ نهبةً يستشرفُها الناسُ، خرجَ منهُ الإيمانُ، فإن تابَ، تابَ اللهُ عليهِ.
[طب، ((الضعيفة)) (6873)]

(Munkar)
Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berzina maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sesiapa yang minum arak tanpa dipaksa dan tanpa sebarang darurat, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Dan sesiapa yang merampas sesuatu (harta) yang dinilai berharga oleh orang ramai, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6873]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs