Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن زنَى خرج منهُ الإيمانُ، ومن شربَ الخمرَ غيرُ مُكْرَهٍ ولا مُضطرٍّ، خرجَ منهُ الإيمانُ، ومن انتهبَ نهبةً يستشرفُها الناسُ، خرجَ منهُ الإيمانُ، فإن تابَ، تابَ اللهُ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berzina maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sesiapa yang minum arak tanpa dipaksa dan tanpa sebarang darurat, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Dan sesiapa yang merampas sesuatu (harta) yang dinilai berharga oleh orang ramai, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 168, hadis no. 840. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رجل من الصحابة قال: قال صلى الله عليه وسلم: مَن زنَى خرج منهُ الإيمانُ، ومن شربَ الخمرَ غيرُ مُكْرَهٍ ولا مُضطرٍّ، خرجَ منهُ الإيمانُ، ومن انتهبَ نهبةً يستشرفُها الناسُ، خرجَ منهُ الإيمانُ، فإن تابَ، تابَ اللهُ عليهِ. [طب، ((الضعيفة)) (6873)]
(Munkar) Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berzina maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sesiapa yang minum arak tanpa dipaksa dan tanpa sebarang darurat, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Dan sesiapa yang merampas sesuatu (harta) yang dinilai berharga oleh orang ramai, maka telah keluar keimanan daripada dirinya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6873]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman