Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأَ ثم لم يتكلَّمْ حتى يقولَ: لا إلهَ إلا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، وأنَّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ، غُفِرَ لهُ ما بينَ الوُضوئينِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk tanpa dia berbicara hinggalah dia mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya dan Muhammad pula adalah hamba-Nya dan RasulNya, diampunkan untuknya antara dua wuduk.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis no. 6247. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بجملة: (التكلم)) عن عبد الرحمن بن البيلماني قال:رأيت عثمان بـ (المقاعد) يتوضأ، فمر به رجل؛ فسلم عليه، فلم يرد عليه حتى فرغ من وضوئه، ثم دخل المسجد، فوقف على الرجل، فقال: لم يمنعني أن أرد عليك إلا أني سمعت رسول الله صلى الله عليه واله وسلم يقول: من توضأ ثم لم يتكلم حتى يقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله؛ غفرله ما بين الوضوئين. [ع، ((الضعيفة)) (6811)].
(Palsu dengan kalimah: "Percakapan") Daripada 'Abd al-Rahman bin al-Bailamani, katanya: Aku pernah melihat 'Uthman di tempat duduk sedang berwuduk, lalu seorang lelaki melintasi beliau dan memberi salam kepadanya. 'Uthman tidak menjawab salam tersebut hinggalah beliau selesai berwuduk kemudian beliau masuk ke dalam masjid lalu berdiri di hadapan lelaki tadi, 'Uthman pun berkata: Tidak ada apa pun yang menegahku untuk menjawab salammu melainkan kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berwuduk tanpa dia berbicara hinggalah dia mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya dan Muhammad pula adalah hamba-Nya dan RasulNya, diampunkan untuknya antara dua wuduk. [Riwayat Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6811].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman