Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian dia menuju ke Masjid Quba’

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء، لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات، يقرأ في كل ركعة بأم القرآن؛ كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian dia menuju ke Masjid Quba’, bukan kepada selainnya dan tidak ada yang membuatkan dia bertolak di waktu pagi itu melainkan untuk solat di Masjid Quba’, lantas dia solat di dalamnya empat rakaat dengan membaca Ummu al-Quran (surah al-Fatihah) pada setiap rakaat, nescaya baginya pahala seperti orang yang menunaikan umrah ke Baitullah.

STATUS

Munkar dengan selengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 381, hadis nombor 2020. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن كعب بن عجرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم عمد إلى مسجد قباء، لا يريد غيره، ولم يحمله على الغدو إلا الصلاة في مسجد قباء، فصلى فيه أربع ركعات، يقرأ في كل ركعة بأم القرآن؛ كان له مثل أجر المعتمر إلى بيت الله». [ طب، «الضعيفة» (6833)].

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Ka’b bin ‘Ujrah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian dia menuju ke Masjid Quba’, bukan kepada selainnya dan tidak ada yang membuatkan dia bertolak di waktu pagi itu melainkan untuk solat di Masjid Quba’, lantas dia solat di dalamnya empat rakaat dengan membaca Ummu al-Quran (surah al-Fatihah) pada setiap rakaat, nescaya baginya pahala seperti orang yang menunaikan umrah ke Baitullah". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6833].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs