TEKS BAHASA ARAB
من توضأ فمسح بثوب نظيف فلا بأس به ومن لم يفعل فهو أفضل، لأن الوضوء نور يوم القيامة مع سائر الأعمال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyapu dengan pakaiannya yang bersih maka tidak mengapa dan sesiapa yang tidak melakukannya maka ia lebih baik kerana wuduk adalah cahaya pada hari kiamat bersama amalan-amalan lain.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis nombor 6085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من توضأ فمسح بثوب نظيف فلا بأس به، ومن لم يفعل فهو أفضل، لأن الوضوء نور يوم القيامة مع سائر الأعمال.
[تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1683)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyapu dengan pakaiannya yang bersih maka tidak mengapa dan sesiapa yang tidak melakukannya maka ia lebih baik kerana wuduk adalah cahaya pada hari kiamat bersama amalan-amalan lain.
[Riwayat Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1683]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.