Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأ فمسح بثوبٍ نظيفٍ فلا بأسَ به، ومن لم يفعلْ فهو أفضلُ، لأن الوضوءَ نورٌ يومَ القيامةِ مع سائرِ الأعمالِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyapu dengan pakaiannya yang bersih maka tidak mengapa dan sesiapa yang tidak melakukannya maka ia lebih baik kerana wuduk adalah cahaya pada hari kiamat bersama amalan-amalan lain.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis no. 6085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من توضأ فمسح بثوب نظيف فلا بأس به، ومن لم يفعل فهو أفضل، لأن الوضوء نور يوم القيامة مع سائر الأعمال. [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1683)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Sesiapa yang berwuduk lalu dia menyapu dengan pakaiannya yang bersih maka tidak mengapa dan sesiapa yang tidak melakukannya maka ia lebih baik kerana wuduk adalah cahaya pada hari kiamat bersama amalan-amalan lain. [Riwayat Tammam dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1683]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman