Sesiapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia mengucapkan sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ فأحسن الوضوء، ثم قال ثلاث مرات: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله؛ فتح له من الجنة ثمانية أبواب، يدخل من أيها شاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia mengucapkan sebanyak tiga kali: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasulNya, dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana sahaja yang dia inginkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis nombor 6153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من توضأ فأحسن الوضوء، ثم قال ثلاث مرات: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ فتح له من الجنة ثمانية أبواب، يدخل من أيها شاء.
[هـ، حم، الدولابي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4578)]

(Lemah dengan konteks ini)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: Sesiapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia mengucapkan sebanyak tiga kali: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasulNya, dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana sahaja yang dia inginkan.
[Riwayat Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad, al-Dulabi dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs