Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأَ فأحسنَ الوضوءَ، ثم قال ثلاثَ مراتٍ: أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ، وأشهدُ أنَّ محمدًا عبدُه ورسولُه؛ فُتح لهُ من الجنةِ ثمانيةُ أبوابٍ، يدخلُ من أيِّها شاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia mengucapkan sebanyak tiga kali: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasulNya, dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana sahaja yang dia inginkan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis no. 6153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من توضأ فأحسن الوضوء، ثم قال ثلاث مرات: أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ فتح له من الجنة ثمانية أبواب، يدخل من أيها شاء. [هـ، حم، الدولابي، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (4578)]
(Lemah dengan konteks ini) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu': Sesiapa yang berwuduk lalu dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia mengucapkan sebanyak tiga kali: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasulNya, dibukakan untuknya 8 pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana sahaja yang dia inginkan. [Riwayat Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad, al-Dulabi dan Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4578]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman