Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من توضأَ فأحسنَ الوُضوءَ ورفعَ بصرَهُ إلى السماءِ، فقال: أشهدُ أن لا إلهَ إلا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ، وأشهدُ أنَّ محمدًا عبدُهُ ورسولُهُ، فُتِحَتْ لهُ ثمانيةُ أبوابٍ من أبوابِ الجنةِ، يَدخلُ من أيِّها شاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk, lalu dia memperelokkan wuduknya dan mengangkat pandangannya ke langit, lalu dia mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya, maka dibukakan untuknya 8 pintu-pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia mahukan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis no. 6245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: (الرفع)) عن عقبة بن عامر، أنه كان عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال عمر: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قبل أن تأتي: من توضأ فأحسن الوضوء ورفع بصره إلى السماء، فقال: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فتحت له ثمانية أبواب من أبواب الجنة يدخل من أيها شاء. [ع، ((الضعيفة)) (6810)].
(Munkar dengan penambahan: "Mengangkat") Daripada 'Uqbah bin 'Amir bahawa beliau pernah berada di sisi Rasulullah SAW, lalu 'Umar pun berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda sebelum kamu datang tadi: Sesiapa yang berwuduk, lalu dia memperelokkan wuduknya dan mengangkat pandangannya ke langit, lalu dia mengucapkan: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah satu-satuNya, tidak ada sekutu bagiNya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan RasulNya, maka dibukakan untuknya 8 pintu-pintu syurga, dia boleh masuk melalui pintu mana yang dia mahukan. [Riwayat Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6810].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman