Sesiapa yang berwuduk, lalu datang ke masjid bersolat padanya

TEKS BAHASA ARAB

من توضأ، ثم توجه إلى مسجد يصلي فيه الصلاة؛ كان له بكل خطوة حسنة، ويمحى عنه سيئة، والحسنة بعشر، فإذا صلى ثم انصرف عنده طلوع الشمس؛ كتب له بكل شعرة في جسده حسنة، وانقلب بحجة مبرورة، وليس كل حاج مبرورا، فإن جلس حتى يركع؛ كتب له بكل حسنة آئفا ألفي حسنة، ومن صلى صلاة الفجر؛ فله مثل ذلك، وانقلب بعمرة مبرورة، وليس ككل معتمر مبرورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk, lalu datang ke masjid bersolat padanya, maka baginya bagi setiap langkah kebaikan, dihapuskan kejahatan, setiap kebaikan dengan 10 kali ganda, jika dia bersolat kemudian bersurai ketika matahari terbit, maka ditulis bagi setiap helai rambut di badannya kebaikan, dan dia pulang dengan mendapat pahala haji yang mabrur dan bukan semua haji adalah mabrur (diterima). Jika dia duduk sehingga dia rukuk, maka akan ditulis bagi 200,000 kebaikan. Sesiapa yang solat subuh, maka dia akan mendapat kebaikan yang sama serta mendapat pahala umrah yang mabrur, dan bukan setiap orang yang melakukan umrah itu mabrur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 755, hadis nombor 3865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال في صلاة الصبح: ((من توضأ، ثم توجه إلى مسجد يصلي فيه الصلاة؛ كان له بكل خطوة حسنة، ويمحى عنه سيئة، والحسنة بعشر، فإذا صلى ثم انصرف عنده طلوع الشمس؛ كتب له بكل شعرة في جسده حسنة، وانقلب بحجة مبرورة، وليس كل حاج مبرورا، فإن جلس حتى يركع؛ كتب له بكل حسنة آئفا ألفي حسنة، ومن صلى صلاة الفجر؛ فله مثل ذلك، وانقلب بعمرة مبرورة، وليس ككل معتمر مبرورا)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5743)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata dia menceritakan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda pernah bersabda sewaktu solat Subuh: Sesiapa yang berwuduk, lalu datang ke masjid bersolat padanya, maka baginya bagi setiap langkah kebaikan, dihapuskan kejahatan, setiap kebaikan dengan 10 kali ganda, jika dia bersolat kemudian bersurai ketika matahari terbit, maka ditulis bagi setiap helai rambut di badannya kebaikan, dan dia pulang dengan mendapat pahala haji yang mabrur dan bukan semua haji adalah mabrur (diterima). Jika dia duduk sehingga dia rukuk, maka akan ditulis bagi 200,000 kebaikan. Sesiapa yang solat subuh, maka dia akan mendapat kebaikan yang sama serta mendapat pahala umrah yang mabrur, dan bukan setiap orang yang melakukan umrah itu mabrur.
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5743]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs