Sesiapa yang berwuduk, kemudian pergi ke masjid untuk dia solat di sana, dia akan memperoleh satu kebaikan dengan setiap satu langkah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من توضأ، ثم توجه إلى مسجد يصلي فيه الصلاة؛ كان له بكل خطوة حسنة، ويمحى عنه سيئة، والحسنة بعشر، فإذا صلى ثم انصرف عند طلوع الشمس؛ كتب له بكل شعرة في جسده حسنة، وانقلب بحجة مبرورة، وليس كل حاج مبرورا، فإن جلس حتى يركع؛ كتب له بكل حسنة ألفا ألفي حسنة، ومن صلى صلاة الفجر؛ فله مثل ذلك، وانقلب بعمرة مبرورة، وليس كل معتمر مبرورا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berwuduk, kemudian pergi ke masjid untuk dia solat di sana, dia akan memperoleh satu kebaikan dengan setiap satu langkah dan dihapuskan satu kesalahan baginya. Setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh. Apabila dia solat dan pulang ketika matahari terbit, ditulis untuknya satu kebaikan bagi setiap helaian rambut tubuhnya; dan dia kembali dengan haji yang mabrur, sedangkan bukan semua yang melakukan haji itu mabrur. Jika dia duduk sehingga dia solat semula, ditulis untuknya bagi setiap kebaikan, dua juta kebaikan. Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka baginya semisal itu juga dan dia kembali dengan umrah yang mabrur, sedangkan bukan semua orang berumrah itu mabrur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327-328, hadis nombor 1723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، يحدث عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال في صلاة الصبح: ((من توضأ، ثم توجه إلى مسجد يصلي فيه الصلاة؛ كان له بكل خطوة حسنة، ويمحى عنه سيئة، والحسنة بعشر، فإذا صلى ثم انصرف عند طلوع الشمس؛ كتب له بكل شعرة في جسده حسنة، وانقلب بحجة مبرورة، وليس كل حاج مبرورا، فإن جلس حتى يركع؛ كتب له بكل حسنة ألفا ألفي حسنة، ومن صلى صلاة الفجر؛ فله مثل ذلك، وانقلب بعمرة مبرورة، وليس كل معتمر مبرورا)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5743)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau menyampaikan daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda berkenaan solat subuh: "Sesiapa yang berwuduk, kemudian pergi ke masjid untuk dia solat di sana, dia akan memperoleh satu kebaikan dengan setiap satu langkah dan dihapuskan satu kesalahan baginya. Setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh. Apabila dia solat dan pulang ketika matahari terbit, ditulis untuknya satu kebaikan bagi setiap helaian rambut tubuhnya; dan dia kembali dengan haji yang mabrur, sedangkan bukan semua yang melakukan haji itu mabrur. Jika dia duduk sehingga dia solat semula, ditulis untuknya bagi setiap kebaikan, dua juta kebaikan. Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka baginya semisal itu juga dan dia kembali dengan umrah yang mabrur, sedangkan bukan semua orang berumrah itu mabrur." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5743].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.