Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ تَوَضَّأَ، ثُمَّ تَوَجَّهَ إِلَى مَسْجِدٍ يُصَلِّي فِيهِ الصَّلَاةَ؛ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ حَسَنَةٌ، وَيُمْحَى عَنْهُ سَيِّئَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرٍ، فَإِذَا صَلَّى ثُمَّ انْصَرَفَ عِنْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ؛ كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ فِي جَسَدِهِ حَسَنَةٌ، وَانْقَلَبَ بِحَجَّةٍ مَبْرُورَةٍ، وَلَيسَ كُلُّ حَاجٍّ مَبْرُورًا، فَإِنْ جَلَسَ حَتَى يَرْكَعَ؛ كُتِبَ لَهُ بِكُلِّ حَسَنَةٍ أَلْفا أَلْفَيْ حَسَنَةٍ، وَمَنْ صَلَّى صَلَاةَ الْفَجْرِ؛ فَلَهُ مِثْلُ ذَلِكَ، وَانْقَلَبَ بِعُمْرَةٍ مَبْرُورَةٍ، وَلَيْسَ كُلُّ مُعْتَمِرٍ مَبْرُورًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berwuduk, kemudian pergi ke masjid untuk dia solat di sana, dia akan memperoleh satu kebaikan dengan setiap satu langkah dan dihapuskan satu kesalahan baginya. Setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh. Apabila dia solat dan pulang ketika matahari terbit, ditulis untuknya satu kebaikan bagi setiap helaian rambut tubuhnya; dan dia kembali dengan haji yang mabrur, sedangkan bukan semua yang melakukan haji itu mabrur. Jika dia duduk sehingga dia solat semula, ditulis untuknya bagi setiap kebaikan, dua juta kebaikan. Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka baginya semisal itu juga dan dia kembali dengan umrah yang mabrur, sedangkan bukan semua orang berumrah itu mabrur.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327-328, hadis no. 1723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، يحدث عن رسول الله ﷺ أنه قال في صلاة الصبح: ((من توضأ، ثم توجه إلى مسجد يصلي فيه الصلاة؛ كان له بكل خطوة حسنة، ويمحى عنه سيئة، والحسنة بعشر، فإذا صلى ثم انصرف عند طلوع الشمس؛ كتب له بكل شعرة في جسده حسنة، وانقلب بحجة مبرورة، وليس كل حاج مبرورا، فإن جلس حتى يركع؛ كتب له بكل حسنة ألفا ألفي حسنة، ومن صلى صلاة الفجر؛ فله مثل ذلك، وانقلب بعمرة مبرورة، وليس كل معتمر مبرورا)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5743)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau menyampaikan daripada Rasulullah ﷺ bahawa baginda bersabda berkenaan solat subuh: "Sesiapa yang berwuduk, kemudian pergi ke masjid untuk dia solat di sana, dia akan memperoleh satu kebaikan dengan setiap satu langkah dan dihapuskan satu kesalahan baginya. Setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh. Apabila dia solat dan pulang ketika matahari terbit, ditulis untuknya satu kebaikan bagi setiap helaian rambut tubuhnya; dan dia kembali dengan haji yang mabrur, sedangkan bukan semua yang melakukan haji itu mabrur. Jika dia duduk sehingga dia solat semula, ditulis untuknya bagi setiap kebaikan, dua juta kebaikan. Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka baginya semisal itu juga dan dia kembali dengan umrah yang mabrur, sedangkan bukan semua orang berumrah itu mabrur." [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5743].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman