Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berwuduk kemudian dia datang ke masjid, lalu dia solat dua rakaat sebelum fajar

Teks Bahasa Arab

مَنْ تَوَضَّأَ، ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى الرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ، ثُمَّ جَلَسَ حَتَّى يُصَلِّيَ الْفَجْرَ كُتِبَتْ صَلاتُهُ يَوْمَئِذٍ فِي صَلاةِ الأَبْرَارِ، وَكُتِبَ فِي وَفْدِ الرَّحْمَنِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berwuduk kemudian dia datang ke masjid, lalu dia solat dua rakaat sebelum fajar, kemudian dia duduk hingga dia solat fajar, maka dituliskan pada solatnya itu pada hari itu seperti solat al-Abrar dan dituliskan dia dalam kalangan rombongan al-Rahman.

Sahabat Perawi

  1. Abi Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1227, hadis no. 6246. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من توضأ، ثم أتى المسجد فصلى الركعتين قبل الفجر، ثم جلس حتى يصلي الفجر كتبت صلاته يومئذ في صلاة الأبرار، وكتب في وفد الرحمن. [طب، ((الضعيفة)) (6723)].

(Munkar) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk kemudian dia datang ke masjid, lalu dia solat dua rakaat sebelum fajar, kemudian dia duduk hingga dia solat fajar, maka dituliskan pada solatnya itu pada hari itu seperti solat al-Abrar dan dituliskan dia dalam kalangan rombongan al-Rahman. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6723].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.