TEKS BAHASA ARAB
من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم أتى الركن ليستلمه؛ خاص في الرحمة، فإذا استلمه فقال: الله والله أكبر، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ غمرته الرحمة، فإذا طاف بالبيت؛ كتب الله له بكل قدم سبعين ألف حسنة، وحط عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، وشفع في سبعين من أهل بيته، فإذا أتى مقام إبراهيم، فصلى عنده ركعتين إيمانا واحتسابا؛ كتب الله له عتق أربعة عشر محررا من ولد إسماعيل، وخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berwuduk dan menyempurnakan basuhannya, kemudian mendatangi rukun (Hajar al-Aswad) untuk menyentuhnya, dia akan memasuki rahmat. Apabila ia menyentuhnya dan berkata: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu baginya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah. Dia akan diliputi rahmat. Jika dia melakukan tawaf, Allah akan menulis baginya bagi setiap langkahnya 70 ribu kebaikan dan dihapuskan 70 ribu kejahatan. Dinaikkan darjatnya sebanyak 70 ribu darjat, dan diberikan syafaat untuk 70 orang ahli keluarganya. Jika dia mendatangi Maqam Ibrahim dan solat di situ 2 rakaat dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan menulis baginya pahala seperti pahala membebaskan 14 orang dari anak Nabi Ismail, dan dia akan keluar dari dosanya seperti mana hari dia dilahirkan ibunya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 752, hadis nombor 3848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن عبدالله بن عمر -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم أتى الركن ليستلمه؛ خاص في الرحمة، فإذا استلمه فقال: الله والله أكبر، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله؛ غمرته الرحمة، فإذا طاف بالبيت؛ كتب الله له بكل قدم سبعين ألف حسنة، وحط عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، وشفع في سبعين من أهل بيته، فإذا أتى مقام إبراهيم، فصلى عنده ركعتين إيمانا واحتسابا؛ كتب الله له عتق أربعة عشر محررا من ولد إسماعيل، وخرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه».
[الأصبهاني «الضعيفة» (5466)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk dan menyempurnakan basuhannya, kemudian mendatangi rukun (Hajar al-Aswad) untuk menyentuhnya, dia akan memasuki rahmat. Apabila ia menyentuhnya dan berkata: Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan tiada sekutu baginya. Aku juga bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah. Dia akan diliputi rahmat. Jika dia melakukan tawaf, Allah akan menulis baginya bagi setiap langkahnya 70 ribu kebaikan dan dihapuskan 70 ribu kejahatan. Dinaikkan darjatnya sebanyak 70 ribu darjat, dan diberikan syafaat untuk 70 orang ahli keluarganya. Jika dia mendatangi Maqam Ibrahim dan solat di situ 2 rakaat dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan menulis baginya pahala seperti pahala membebaskan 14 orang dari anak Nabi Ismail, dan dia akan keluar dari dosanya seperti mana hari dia dilahirkan ibunya.
[Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Taghrīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5466].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.