Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berwudhu dengan sebaik-baik wudhu’ kemudian berjalan di antara Safa dan Marwa

Teks Bahasa Arab

حديث: من توضأ فأحسن الوضوء ومشى بين الصفا والمروة كتب الله له بكل قدم سبعين ألف درجة

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berwudhu dengan sebaik-baik wudhu’ kemudian berjalan di antara Safa dan Marwa Allah Menulis baginya setiap langkah 70000 darjat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 112, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه كذاب ومجروحان قاله في الذيل

Pada sanadnya terdapat perawi pendusta dan dua orang perawi dikritik sebagaimana disebutkan oleh al-Suyuthi di dalam al-Zail.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.