TEKS BAHASA ARAB
حديث: مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ إِلا أَعْطَاهُ اللَّهُ كُلَّ مَا فِي الآيَةِ
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berwudhu’ dan menyempurnakan wuduknya kemudian keluar dari rumahnya semata-mata untuk ke masjid lalu membaca doa “Segala puji bagi Allah SWT, yang menjadikan aku dan Dialah yang memberi pertunjuk”, melainkan Allah SWT akan memberikannya apa yang terdapat pada doa tersebut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: سلم بن مسلم وليس بشيء
Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Salm bin Muslim dan dia dihukumkan sebagai laysa bi syai’.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.