Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berwudhu’ dan menyempurnakan wuduknya

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ إِلا أَعْطَاهُ اللَّهُ كُلَّ مَا فِي الآيَةِ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berwudhu’ dan menyempurnakan wuduknya kemudian keluar dari rumahnya semata-mata untuk ke masjid lalu membaca doa “Segala puji bagi Allah SWT, yang menjadikan aku dan Dialah yang memberi pertunjuk”, melainkan Allah SWT akan memberikannya apa yang terdapat pada doa tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis no. 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: سلم بن مسلم وليس بشيء

Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Salm bin Muslim dan dia dihukumkan sebagai laysa bi syai’.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.