Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

‌من مشى في حاجة أخيه كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق كل خندق أبعد ما بين الخافقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, maka ianya lebih baik daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf satu hari ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dan neraka itu sejauh tiga parit, dan setiap parit itu jaraknya jauh antara dua ufuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis nombor 5823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من مشى في حاجة أخيه كان خيراً له من اعتكاف عشر سنين ومن اعتكف يوماً ابتغاء وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاثة خنادق كل خندق أبعد ما بين الخافقين. [طس، هب، الضعيفة (5345)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas, Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berusaha menunaikan hajat saudaranya, maka ianya lebih baik daripada beriktikaf selama sepuluh tahun. Sesiapa yang beriktikaf satu hari ikhlas kerana Allah, maka Allah akan menjadikan jarak antara dirinya dan neraka itu sejauh tiga parit, dan setiap parit itu jaraknya jauh antara dua ufuk. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5345]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs